Friday 26 September 2008

buat pertama kali

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Inilah pertama kalinya aku tergerak untuk menulis 'blog' ini. Selama ini aku hanya menangguhkn kemahuan ku untuk menulis blog. Tetapi, setelah ditunjukkan betapa hebatnya 'blog' ini dalam menyatakan buah fikiran dan pengalaman seseorang oleh kawanku, akhirnya aku menggerakkan juga jari-jemariku untuk mula menulis blog.

Bagi pengisian blog pertamaku ini, akan aku menceritakan serba sedikit tentang pengalamanku di Manchester.

Aku tiba di Manchester pada 14 September 2008 bersama 2 orang lagi kawanku. Tapi, mereka berdua ke Sheffield. Jadi, tinggallah aku seorang junior yg dibawa ke Manchester oleh senior Aslam (4th year Engineering). Aku menumpang di rumahnya selama 4 hari dan di situ jugalah aku bertemu dgn senior2 yg lain. Mereka semua sungguh peramah dan baik belaka. Bertuah aku mendapat senior seperti mereka. Sepanjang 4 hari aku di rumah itu, mereka telah membawa jalan2 sekitar Rusholme dan Manchester.

Oleh sebab hanya aku seorang sahaja junior lelaki yg smpai awal di Manchester, mereka agak senang utk mmbawa ku mana2 shj. Aku berkesempatan utk brkenalan dgn senior2 lain sprti Tomok, Awan, Zahir, Ben, Hasan, Pak Lah dan ramai lg. Mereka juga keluar ke ASDA bersama ku utk mmbeli brg2 keperluan seperti duvet, bantal, cadar, makanan & sedikit perkakas dapur.

Pd 18 september 2008, aku pun daftar masuk ke hall aku iaitu Aberdeen House, Whitworth Park. Agak kecil bilik aku. Tp, agak selesa sbb aku hanya tinggal seorg diri di bilik ini. Hanya perlu brkongsi tandas, dapur dan ruang tamu bersama 'flatmate' ku yg lain. Terima kasih kpd Pak Lah kerana mmbantu ku mengangkat barang2 ku yg berat dan byk ke bilik ku. Kurang sedikit bebanku.

Maaf kerana aku tak dpt letak gambar di sini bg tatapan ramai. Kerana minggu ini aku agak sibuk kerana kelas sudah pun mula isnin lepas. Agak sukar utk ku gambarkan suasana di sini tanpa menggunakn gambar. Maaf.

Sekian, sampai di sini sahaja buat masa ini. Jumpa lagi di kemudian hari.