Tuesday 14 October 2008

Sambutan Aidilfitri Se-Manchester





Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi aku pd tahn ini sangat berbeza sekali dgn apa yang ku alami sebelum ini. Pada tahun ini, aku tidak dapat menyambut Hari Raya dgn ahli keluargaku di Malaysia. Perasaan sedih, rindu dan syahdu memang dirasai pada hari itu. Namun, aku rasa sungguh bertuah kerana dapat menyambutnya dgn 'keluarga baru' ku di bumi Manchester ini. Satu lagi pengalaman baru yg dpt ku timba dalam kehidupan di luar negara ini.

Seawal 6 pagi ku bangun untuk bersiap-siap bagi menyambut hari yg bersejarah ini. Aku memakai baju Melayu yg ibuku buat sebelum ku berlepas ke tanah air. Baju Melayu ku yg berwarna hijau, dipadankan pula dgn kain songket hitam keemasan. Sungguh kemas dan cantik pakaian ku pada masa itu. 

Setelah selesai memakai pakaian dan mengemas bilik, ku bergerak ke McDougall Mosque utk program Fiqh Travellers.  Ceramah dari Ustaz Erfino sungguh bermakna dan dapat menyelasaikn semua kemusykilan pelajar yg menjalani kehidupan di Manchester ini. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Erfino. 

Kami bergerak beramai-ramai ke Moss Side setelah ceramah selesai. Sambutan Raya Se-Manchester diadakn di Moss Side Hall. Timbul suasana gembira apabila kami berjalan beramai-ramai, berpakaian baju Melayu bagi lelaki, dan baju kurung bg perempuan, menuju ke program sambutan raya itu. Hilang terus perasaan sedih dan syahdu ku kpd kampung halamanku. Perasaan ku begitu seronok sekali pada waktu itu. Suasana yg begitu berbeza sekali dgn apa yg ku rasakn selama ini. Tidak dapat ku ungkapkn dgn kata-kata bg menggambarkan perasaan ku pada waktu itu.

Ketibaan kami disambut dgn meriah sekali oleh mereka yg telah tiba lebih awal. Ramai wajah yg tidak ku kenal. Pada waktu inilah merupakan peluangku bagi menambahkn kenalan di Manchester. Makanan yg dihidangkan seperti ayam merah, kari kambing, rendang dan mee kari pula sangat sedap. Terdapat pelbagai pilihan yg disediakan utk para tetamu yg hadir. Suasana pula begitu meriah sekali dalam dewan pada masa itu. Aku berpeluang brkenalan dgn ramai tetamu yg bkn sahaja dr Malaysia, malah ada juga dari Singapura, Pakistan dan China. Diharap ku dpt bertemu dgn lebih ramai lg pada masa akn dtg.


Suasana yg meriah dan seronok, dendangan lagu 'Suasana Hari Raya' oleh Anuar Zain & Elina, makanan yg sinonim dgn sambutan Aidilfitri, saling bermaafan sesama kenalan; semua ini membuatkan ku rasa seperti menyambut Aidilfitri di Malaysia dengan meriah sekali. Tidak akan ku lupakn saat ini sepanjang hidupku.  

4 comments:

Afham said...

salam faiz
lama tak kudapat keberitaan dari mu
terkenang kekerapan yang luar biasa akan kehadiranmu ke biliku menjenguk si fakhrul redha

jaga diri leklok noO kat sana

selalu la contact2 aku kar dublin ni..kalu datang sini bagitau laa..ok.wslm

Fadzlina Shukri said...

huu..terkenang balik yg aku pun sensorg xde family kat sini. seb baek ade kawan..

loOkinoomz said...

Salam..
Haih, takkan sekali jer turun dr hati ke mata pena..
Huhu..
Next entry nmpaknye raya Qurban la gayenye..hehe

Faiz Fauzi said...

ee: thanx ee...nnti bila smpai dublin, aku msti carik ko punye..hehe

leen: kwnlah keluarga kita di perantauan ni.. =)

lookinoomz: nmpknye mcm tu la gayanye....tak smpt la nak tulis....asyik bz je dgn keje2 pbl..huhu..